Monday, October 5, 2009

monolog sendiri

lama tidak update
masa yang terisi dengan segala macam tugasan membuatkan aku kurang punya keinginan untuk menulis
disamping talian internet yang sememangnya membosankan
membataskan keinginan

aku masih insan yang sama
punya banyak kisah untuk dikongsi bersama kalian
pada teman yang sentiasa mengikuti perkembangan aku di sini
terima kasih
sesungguhnya kalian teman yang sejati

banyak cerita yang aku tak kongsikan disini
tetapi hari ini biarlah aku menulis
curi sedikit masaku untuk bercerita disini

aku masih kepunyaan MUHAMMAD ZAMRI bin YUSUF
walaupun mungkin cintanya tak sekuat dulu
namun aku tau hatinya sentiasa terisi dengan namaku

aidilfitri yang lalu
aku masih seperti ramadhan
kerana masih dihambat bermacam perasaan
kadangkala keliru dengan hubungan kami ini
seperti sebulan yang lalu
payah sekali untuk aku terima panggilan telefon darinya
melainkan aku yang bersusah payah cuba menekan aksara di telefon bimbit
demi untuk mendapatkan khabar tentang dirinya
namun balasan yang aku terima amatlah hambar

mungkin kini baru aku nyata dan maklum tentang hubungan kami
kami perlu memahami
ya!
memahami sesama sendiri
tentang kerjaya, hati, perasaan dan segalagalanya

sehingga hari ini dia masih begitu
hambar, dingin dan mungkin lebih tepat, amat membosankan
entahla mengapa
bukan tiada pujukan
tetapi aku seakan tak mampu nak melawan keras hatinya

MUHAMMAD ZAMRI
andai awak punya masa
sedikit ruang awak itu saya minta
agar awak kesini
menjenguk saya
berbincang mengenai kita
hubungan kita
dan perasaan kita

dan menjelang final exam ini
aku akan semakin kurang menulis
aku perlu ruang untuk diri sendiri
seperti mana MUHAMMAD ZAMRI yang mahukan ruang untuk dirinya sehingga disember nanti
belajarlah bersabar wahai FAHERDA AKHMAR

sekian
kerana masih banyak tugasan yang menanti

p/s : pesanan buat sahirsabri..
assignments lagi penting weyh
;)


No comments:

Post a Comment